Friday, September 28, 2007

Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahannya

1 ekor ayam (potong 16)
4 batang serai (kisar)
150 gram halia (kisar)
35 gram pes lada kering
500 gram tepung jagung
1 biji telur
180 ml air
2 sudu makan garam dan gula

Caranya

Dalam sebuah mangkuk besar, adun tepung jagung, air,
telur, pes lada kering, garam dan gula hingga sebati. Adun
menggunakan pemukul telur.

Masukkan serai dan halia. Akhir sekali baru masukkan ayam
dan perap selama 30 hingga 45 minit dalam suhu bilik.

Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.


Sumber : Chef Haji Zainuddin dari Restoran Carousal - Cyberita, Spore

 

Posted by Mama Aida at 11:48:10 | Permanent Link | Comments (0) |

Konro Makasa (Daging Lembu Berkuah)

Bahan-bahannya

1 kg daging lembu bertulang
(contohnya ekor lembu. Rebus hingga empuk)
100 gram lada hitam (tumbuk)
120 gram pes tomato
50 gram pes cili
20 gram pes bawang putih
50 gram pes bawang merah
200 ml kicap manis
80 ml minyak masak
10 helai daun salam
2 sudu makan garam dan gula
50 ml sos tiram

Caranya

Satukan semua bahan kecuali daging lembu dan minyak. Kemudian
masukkan daging lembu dan gaul hingga rata. Perap selama 24 jam.

Panaskan minyak, tumis daging yang diperap tadi selama 20 hingga
25 minit. Apinya hendaklah kecil.

Hidangkan semasa masih panas.

Cara terbaik masak makanan ini ialah dengan menggunakan ketuhar
gelombang mikro. Masak selama 30 minit.

Sumber : Chef Haji Zainuddin dari Restoran Carousal - Cyperita, Spore

 

Posted by Mama Aida at 11:44:33 | Permanent Link | Comments (0) |

Nasi Kabsa

Bahan-bahannya

600 gram beras beriani (rendam satu jam, kemudian toskan)
300 gram daging lembu (hiris)
1 sudu makan tomato puree
150 gram minyak sapi (boleh gantikan dengan minyak masak)
5 biji buah pelaga
4 sentimeter kayu manis
2 labu bawang besar (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1/2 sudu makan serbuk lada putih
sedikit koma-koma dan air mawar
Secukup garam

Caranya

Panaskan minyak, kemudian tumis bawang besar dan bawang
putih hingga kuning.

Masukkan daging, buah pelaga dan kayu manis, kemudian masukkan
tomato puree serta garam dan secukup air untuk masak nasi. Biarkan
mendidih kemudian masukkan beras beriani.

Apabila airnya hampir kering, taburkan koma-koma yang dicampur
dengan sedikit air mawar. Tutup nasi dan biarkan masak hingga tanak.

Enak dimakan bersama sambalnya.

Cara membuat sambal

Kisar secukup lada merah dan bawang putih. Campurkan dengan sos
tomato, gula dan garam.

Jika suka, boleh perahkan sedikit air limau nipis. Semasa hendak
dihidang, taburkan secukup daun ketumbar yang dihiris.

Sumber : Chef Aini Salim - Cyberita, Spore

Posted by Mama Aida at 11:41:33 | Permanent Link | Comments (0) |

Wednesday, September 26, 2007

Potato Lufbra

bahan
5 biji potato saiz besar, kupas kulit dan potong dadu
(lebih kurang size hujung jari kelingking je)
garam secukup rasa
sedikit lada hitam
sedikit susu fresh kalu takde susu dalam UHT pun boleh
2 sudu majerin/ butter
sedikit air
1 labu bawnagbesar -potong dadu
2 ulas bawang putih - potong dadu

Cara:
Masukkan potato, bawang dan majerin ke dalam kuali.
Bila majerin dah cair, dan bawang n layu, masukkan
garam, lada hitam, air dan susu (just cover potato)
Perlahankan api . Masak till kering tapi kalau air dah kering
 potato still tak lembut, masukkan lagi air / susu and
masak till potato lembut .

Boleh makan dengan roti atau masukkan dalam
campuran veg salad. yummy......
Posted by Mama Aida at 12:22:44 | Permanent Link | Comments (0) |

Sup Kentang

bahan
3 biji ubi kentang saiz besar - cuci, buang kulit dan hiris-hiris
3 ulas bawnag putih mayang
3 ulas bawang putih untuk blend
sedikit butter/majerin
sedikit lada hitam
susu fresh / uht

Hiasan
sedikit bawang goreng (optional)
daun sup hiris

Cara:
-blend kentang dan bawang
- tumis majaerin n bawnag putih till naik bau
-masukkan bahan blend n masukkan susu (ikut kepekatan
sup yang disukai)
-api sederhana je
-masukkan garam n lada hitam
-masak n kacau sekali sekala till mendidih

nak hidang, boleh letak bawnag goreng n daun sup (kalu
suka)

-alternatif lain, boleh masukkan slices of mushroom
button kedalam sup semasa memasak - jadik lebih kurang
macam mushroom sup.

InsyaAllah sedap dan sangat mudah nak masak - sesuai
bagi kanak-kanak yang choosy


Sumber : Kumang Gawai - Restoran Pak Amir / resipidotnet@yahoogoups.com

 

Posted by Mama Aida at 11:02:00 | Permanent Link | Comments (0) |

Thursday, September 20, 2007

Sotong Masak Hitam Kak My

Bahan-bahan :-

Sotong.. pundi hitam diasingkan (jgn buang)

Di blender:

Bawang merah
Cili kering
belacan
kunyit hidup / serbuk pun boleh

Di titik :
Serai - the more the better
Bawang besar - di potong bulat
Capsicum / cili hijau

Caranya:

Tumis bahan yang diblender and serai sampai naik minyak. Masukkan
sotong, gaul then pundi hitam sotong tu masuk kan bit by bit.. kalau
rasa2 warna dah memuaskan (jgn la sampai hitam legam yee adik ku :)

Dah rata, masuk kan bawang besar and capsicum.. kacau dan boleh la
diangkat. kalau nak pedas, boleh campur cili padi sikit ek.


Sumber : Kak My

Gambar : Suzana Hashim - resipidotnet@yahoogroups.com

Posted by Mama Aida at 12:21:34 | Permanent Link | Comments (0) |

Wednesday, September 19, 2007

Daging Salai Lemak Cili Padi

Bahan-bahan:-
500 gram daging lembu batang pinang
100 gram cili padi
1 inci kunyit basah
3 batang serai (dititik)
1 biji mangga muda
1 liter santan kelapa
Garam dan air secukupnya

Cara membuatnya:-
Gaulkan daging dengan kunyit yang telah ditumbuk. Salai di atas
api. Kisar kunyit dan cili padi. Kemudian kupas mangga dan hiris-
hiriskannya. Potongkan daging dan masukkan ke dalam periuk.
Campurkan dengan bahan kisar tadi. Masukkan serai dan sedikit air.
Biarkan mendidih. Setelah mendidih dan sebati, masukkan pula santan.
Kacau bagi mengelakkan pecah santan. Apabila mendidih, masukkan
garam secukup rasa. Masukkan mangga yang dihiris. Kacau dan biarkan
mendidih.

Sumber : rohana Md Rashid - Restoren Pak Amir

Posted by Mama Aida at 15:35:38 | Permanent Link | Comments (0) |

Empal Balado


Resep tanpa ukuran karena dah kebiasaan masak ini asal cemplang cemplung, plus icip-icip



Bahan :
Daging sapi bagian gandik / silver side / top side, iris-iris tegak lurus serat daging dengan ketebalan kira-kira 1,5cm

Bahan ungkep :
Bawang putih, digeprek aja
Sereh, dimemarkan
Daun salam
Cuka
Bahan balado :
Bawang merah
Cabai merah besar
Garam
Gula
Cuka

Cara membuat :
1. Rebus daging sapi sampai ½ matang. Jangan lupa sambil membuang busa yang mengapung pada air rebusan.

2. Masukkan semua bahan ungkep. Kemudian rebus sampai daging empuk. Setelah empuk, memarkan daging tapi jangan sampai terlalu tipis gepeng.

3. Goreng sebentar saja, jangan sampai kering. Cukup sampai terlihat bercak-bercak cokelat di sisi daging.

4. Sekarang buat bahan balado-nya ya. Ulek kasar si cabai merah dan bawang merah. Tumis (minyaknya jng banyak2 ya, soalnya si cabai itu nantinya mengeluarkan minyak juga) sampai harum dan matang (jangan terlalu matang ya, soalnya nanti cabainya nggak crunchy lagi). Masukkan garam, gula, dan cuka. Icip-icip apakah rasanya udah pas. Masukkan daging. Aduk-aduk sampai tercampur rata. Jadi deh. Selamat mencoba.


Sumber : Thadea a.k.a Jeng Tiwi

Diperolihi dari - mealtimenus@yahoogroups.com

 
Posted by Mama Aida at 09:00:19 | Permanent Link | Comments (0) |

Tuesday, September 18, 2007

Black Pepper Chilli Crab

3 ekor Ketam
Chilli dlm 3 sdm (chili bersama bwg besar - dah kisar n tumis kering utk kegunaan bila perlu)
Bawang putih (lebih kurang 3 ulas)
sos cili
sos tomato
oyster sos
1 sudu lada hitam (ditumbur kasar)
sedikit air
Cara:
Tumis bwg putih hingga wangi, masukkan chili dan kacau
sebentar. Masukan tiga jenis sos dan lada hitam, tambah
sedikit air kemudian masukan ketam, Kacau rata dan tutup
kuali biar ketam masak.  Kepekatan kuah ikut selera, kalau
suka cair tambah sedikit air. Dah masak apa lagi hidangkan lah.

Sumber : Zaharah Bee - resipidotnet@yahoogroups.com
Posted by Mama Aida at 17:41:07 | Permanent Link | Comments (0) |

Kacang Buncis Bercili

Kacang buncis - dibelah dua baru potong menyerong
Cili Merah
Bawang putih
Ikan bilis - boleh ganti ngan udang kering
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara
Cili merah, bawang putih, ikan bilis diblender kering.
Panaskan kuali, tuang minyak masak. Masukkan ramuan yang
telah dimesin kering. Kacau sampai naik minyak. Masukkan kacang
buncis yang telah dibasuh. Kacau hingga cili rata. Letak garam sikit jer.
Kacau lagi.....tutup api. Boleh dihidang, makan ngan nasi putih.

Sumber : Chetam - resipidotnet@yahoogroups.com

Posted by Mama Aida at 17:13:15 | Permanent Link | Comments (0) |